Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera, pernahkah anda terdengar tentang gangguan seksual di tempat kerja? Gangguan seksual di tempat kerja bukanlah perkara biasa malah menjadi buah mulut di media sosial. Jadi, kami ingin kongsikan langkah penyelesaian dan sedikit ilmu pengetahuan.
PENGERTIAN
Gangguan seksual merupakan suatu fenomena negatif di temat kerja yang boleh memberi kesan buruk kepada pekerja yang menjadi mangsa. Perilaku ini jika dibiarkan berlaku secara berleluasa boleh menjejaskan produktiviti dan meningkatkan beban kos kepada organisasi berkenaan. Jenis gangguan seksual boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu berbentuk ugutan dan yang berbentuk ancaman terhadap ketenteraman peribadi. Sungguhpun gangguan seksual merupakan suatu masalah sejagat, namun interpretasi dan penerimaan sesuatu perilaku dalam hubungan interpersonal di tempat kerja bergantung kepada persepsi dan budaya sesebuah masyarakat. Kalau uolls nak tahu dengan lebih mendalam, jangan lupa scroll stay tuned...
JENIS-JENIS GANGGUAN SEKSUAL
1. Gangguan lisan - Contoh teguran, komen-komen, berjenaka, mengusik, membuat bunyi, dan menyoal perkara-perkara yang tidak menyenangkan dan berunsur lucah.
2. Gangguan visual - Menunjukkan material-material pornografi, melukis lakaran atau menulis sesuatu berasaskan seksual, mempamerkan sesuatu yang berbentuk seksual.
3. Gangguan dari segi isyarat - Contoh menjelir lidah atau membuat bunyi dengan nada yang tidak sesuai, menjilat bibir atau memegang serta memakan makanan secara provokatif, isyarat tangan atau bahasa yang berbentuk lucah dan menggoda.
4. Gangguan fizikal - Contoh sentuhan, tepukan, cubitan, urutan, geselan terhadap tubuh badan yang tidak bersesuaian, pelukan, ciuman, meraba dan gangguan seksual.
5. Gangguan psikologikal - Contoh undangan-undangan sosial yang tidak diingini, kekerapan mengajak untuk mengadakan temujanji atau intimasi fizikal.
''Mereka yang paling banyak menjadi mangsa gangguan seksual ini adalah golongan wanita terutama golongan wanita yang bekerja..Gangguan ini sebenarnya adalah suatu perkara yang tidak baik"
Gangguan seksual boleh berlaku kepada siapa sahaja tanpa
mengira jantina. Namun, gangguan seksual terhadap wanita adalah lumrah dan
telah tercatat sejak pertama kali wanita memasuki pasaran tenaga kerja (Sumber
dari Sexual Shakedown: the Sexual Harassment of Women on the job, Lin Farley
(1978)) . Ini bermakna bahawa gangguan
seksual terhadap wanita di tempat kerja bukanlah suatu persoalan yang baru,
tetapi sudah setua umur sejarah wanita memasuki dunia kerja iaitu sejak
kapitalisme berkembang. Farley mengatakan bahawa gangguan seksual merupakan
kaedah baru yang dikembangkan oleh kapitalisme dalam mengawal tenaga kerja
wanita. Data mengatakan bahawa sebahagian besar mangsa gangguan seksual adalah
wanita, seperti yang sering diungkapkan iaitu, “men have power over women in
society”. Oleh kerana kuasa sosial yang dipraktikkan telah menempatkan status
lelaki lebih tinggi (berkuasa) dari wanita, maka lelaki (termasuk rakan sekerja
lelaki kita) menyalah gunakan
“kekuasaannya” untuk mendapatkan manfaat keuntungan seksual terhadap wanita.
Ada 3 teori dalam menganalisa
Gangguan seksual seperti yang dikatakan oleh
Sandra S. Tangri, Martha R. Burt and
Leanor B. Johnson:
Teori Biologi
. Perilaku gangguan seksual
merupakan suatu ekspresi dari
tindakan hormon-hormon seksual
lelaki dan wanita, di mana lelaki dipandang
memiliki dorongan seksual yang lebih
kuat sehingga seringkali lelaki
mengeksploitasi wanita secara
seksual, walaupun di tempat kerja.
Teori Sosiobudaya
. Mengandaikan bahawa lelaki dan
wanita secara
sosiobudaya dibangunkan oleh suatu
sistem yang menempatkan mereka
sebagai dua pihak yang tidak setara.
Teori Organisasi
. Teori ini diambil dari andaian
bahawa dengan adanya
perbezaan struktur dalam dunia kerja
(ada atasan dan bawahan), maka ada
peluang bagi mereka yang punya
kedudukan atau hierarki lebih tinggi untuk
memperlakukan mereka yang menjadi
bawahannya secara sewenang-wenangnya
PUNCA-PUNCA GANGGUAN SEKSUAL
- Tarikan fizikal dan personaliti yang menarik - Tarikan fizikal dan personaliti merupakan faktor utama berlakunya gangguan seksual terhadap wanita. Wanita yang berwajah cantik lebih cenderung diganggu berbanding wanita yang kurang cantik. Selain itu wanita yang berpakaian seksi, mempunyai potongan badan yang menarik dan berpewatakan moden adalah lebih terdedah kepada gangguan seksual.
- Kuasa - Kuasa juga dilihat sebagai punca kepada gangguan seksual. Mwngikut teori organisasi menyatakan bahawa gangguan seksual adalah disebabkan oleh faktor organisasi dan bukan peribadi. Tidak kira lelaki atau wanita di peringkat atasan, dengan adanya kuasa, mereka akan cuba mendapatkan kepuasan secara seksual dari pekerja bawahan mereka. Dengan menggunakan kuasa mereka, mereka mampu untuk menggugut untuk tidak diberi insentif yang lebih baik jika tidak melayan atau menerima perlakuan yang dilakukan oleh mereka.
- Perbezaan hormon - lelaki dan wanita mempunyai hormon yang berbeza. Mengikut teori biologi, gangguan seksual berlaku disebabkan oleh perbezaan hormon antara lelaki dan perempuan. Komponen hormon lelaki yang menyebabkan mereka mempunyai rangsangan seks yang lebih tinggi daripada wanita. Perkara tersebut akan menjurus mereka sehingga terlibat dalam tingkah laku yang bersifat gangguan seksual. Ia berlaku seolah-olah diluar kawalan penggangu tersebut. Walau bagaimanapun, tingkah laku penggangu tersebut berlaku secaratidak langsung dan secara tersembunyi. Ini tidak menampakkan berlakunya perkara yang tidak baik atau sumbang dikhalayak ramai.
- Komposisi lelaki dan wanita - Punca gangguan seksual juga boleh dilihat menggunakan teori demografi. Teori demografi pula mengutarakan bahawa ia berlaku kerana komposisi lelaki dan wanita ditempat kerja yang tidak simbang. Perkara tersebut seterusnya merangsang gangguan seksual di tempat kerja. Sekirannya tempat kerja tersebut akan cenderung mengalami gangguan seksual.
- Sistem yang membezakan peranan lelaki dan wanita - Gangguan seksual ini berlaku disebabkan cara seseorang itu dibesarkan dalam sistem yang membezakan antara peranan lelaki dan wanita. Seperti diketahui peranan lelaki dan wanita berbeza dan mempunyai garis pembahagi yang ketara. Lelaki dan wanita mempunyai tanggungjawab yang berbeza. Lelaki dipertanggungjawabkan dengan tugas yang lebih besar dan berat berbanding wanita.
Kesan Gangguan Seksual
- Kerjaya.
Mangsa cenderung untuk mengasingkan
diri, mengelakkan diri untuk hadir ke pejabat, mengalami
penurunan tahap kepuasan atau prestasi kerja, kehilangan pekerjaan atau
peluang kenaikan pangkat dan mengubah
matlamat kerjaya.
- Fisiologi.
Dari aspek implikasi fisiologi,
mangsa mungkin mempamerkan gejala-gejala seperti sakit kepala,
gangguan tidur (mimpi ngeri), hilang selera makan atau mempunyai berat badan
yang sering berubah.
- Malu.
Kesan sosial yang dialami mangsa mengakibatkan mangsa ingin mengasingkan diri dari pergaulan.
Perasaan ini timbul akibat rasa rendah diri kerana menjadi mangsa gangguan
seksual, sehingga merasa tidak berharga dan tidak layak untuk bergaul
bersama rakan-rakan sepejabatnya.
- Ketakutan dan Kecurigaan.
Perasaan ketakutan merupakan kesan
emosi yang sering dialami mangsa.
Ketakutan ini muncul dalam bentuk takut kepada orang tertentu, bentuk tubuh
tertentu, dan tempat tertentu. Selain itu, mangsa gangguan seksual sering menjadi
‘paranoid’ kepada orang tertentu, orang asing yang tidak dikenalnya, serta
tempat asing yang belum pernah dikunjunginya.
CARA MENGATASI GANGGUAN SEKSUAL
- Beri tahu penggangu tersebut bahawa kelakuannya tidak disenangi anda ingin supaya beliau berhenti berbuat demikian. Beritahunya dengan tegas agar ia tahu bahawa anda betul-betul maksudkan apa yang telah dikatakan padanya.
- Jika orang yang menggangu itu terus berbuat demikian, bincangkan dengan seseorang didalam organisasi anda yang dapat membantu menyelesaikan masalah ini. Anda boleh bincangkan dengan pegawai personal atau kaunseler bahagian gangguan seksual, rakan sekerja/wakil kesatuan pekerja.
- Rekodkan segala apa yang berlaku dengan teliti tarikh, masa, lokasi apa yang terjadi, apa yang dikatakan pada anda, bagaimana perasan anda ketika itu dan nama saksi-saksi atau mangsa lain yang pernah diganggu olehnya.
- Buat salinan tersebut untuk simpanan peribadi anda dan dapatkan saksi ketika anda menyerahkan surat itu kepadanya.
Implikasi Kajian Dan Cadangan Langkah-Langkah Pencegahan
Objektif 1: Keputusan kajian ini membuktikan bahawa wujudnya gangguan seksual
dalam masyarakat khususnya di tempat kerja. Apabila ada pertanyaan siapa mangsa dan
pelaku gangguan seksual, keputusan kajian menunjukkan bahawa kaum wanita adalah
mangsa gangguan seksual yang dilakukan oleh kaum lelaki. Ini disetujui oleh Clark
(1991) yang menyatakan seramai 57 juta wanita dan 11 juta suri rumah tangga di
Amerika Syarikat pernah menjadi mangsa gangguan seksual. Di sini jelas wujudnya
diskriminasi jantina di mana kaum lelaki beranggapan diri mereka dominan lalu
menganggap kaum wanita sebagai lemah dan boleh ‘diapa-apakan’ . Sikap ini perlu
diketepikan oleh kaum lelaki supaya suasana harmoni di tempat kerja dapat
dipertingkatkan. Golongan lelaki perlu memandang wanita sebagai makhluk yang perlu
dihormati seperti mereka menghormati diri mereka sendiri.
Gangguan seksual merupakan tingkah laku yang tidak bermoral yang mana boleh
merendahkan kehormatan kedua-dua mangsa dan pelaku. Dalam memeriahkan kehidupan
di alam maya ini, setiap orang iaitu lelaki dan perempuan perlu saling memelihara akhlak
antara satu sama lain. Setiap orang jangan memberi peluang dalam hatinya dan dalam getaran kalbunya walaupun sedikit kecenderungan untuk menunaikan keinginan nafsu
termasuklah melakukan gangguan seksual. Dengan mengambil ajaran Islam, sekiranya
dituruti beberapa panduan telah dikemukan boleh mengelakkan berlakunya gangguan
seksual. Antaranya:
1. Setiap orang lelaki dan perempuan perlu memelihara auratnya. Orang lelaki
dilarang membuka bahagian tubuh antara pusat dengan dua lututnya, dan bagi
perempuan pula perlu menutup keseluruhan auratnya kecuali muka dan kedua
belah tangan. Antara faktor yang membawa kepada gangguan seksual ialah
ketrampilan wanita tersebut (Fiske dan Glick, 1995). Hasil kajian yang
ditemui oleh pengkaji-pengkaji ini bahawa wanita yang perawakan seksi dan
moden lebih terdedah kepada gangguan seksual. Justeru itulah ajaran Islam
mementingkan penjagaan aurat ini supaya perkara-perkara tidak bermoral
seperti gangguan seksual ini dapat dielakkan dari berlaku.
2. Setiap orang sama ada lelaki dan perempuan perlu mengelak daripada
melakukan perbuatan bersuka-suka dan bermain-main yang boleh
membinasakan akhlak dan meransang syahwat. Dalam pergaulan antara
pekerja lelaki dan wanita di tempat kerja sama ada sesama jawatan atau
berlainan jawatan kadang-kadang terlupa batasan aurat yang perlu dipatuhi.
Misalnya cara berkomunikasi sama ada lisan atau bukan lisan – cara bercakap,
kontak mata, senyuman pekerja lelaki dan wanita boleh meransang nafsu
melakukan gangguan seksual. Ajaran Islam menegaskan sekiranya
pandangan lelaki kepada wanita lain terjadi secara tidak sengaja atau
menimbulkan syahwat, hendaklah ia memalingkan matanya dari wanita itu,
dan jangan kembali memandangnya pada kali yang lain. Kalaulah penegasan
Islam ini dituruti oleh pekerja lelaki, secara tidak langsung mereka tidak
berkecenderungan hendak melakukan tingkah laku gangguan seksual.
Objektif 2: Perkara kedua yang ditemui dalam kajian ini ialah keterbatasan
kefahaman mangsa dan pelaku tentang konsep gangguan seksual. Kebanyakan pekerja
sama lelaki atau wanita beranggapan bergurau senda sambil menyentuh anggota badan yang tidak sulit adalah perkara biasa. Walau bagaimanapun bagi sesetengah pekerja
wanita berasa kurang disenang dengan perbuatan tersebut. Justeru itu, pihak
bertanggungjawab seperti media, mangsa sendiri, pihak berkuasa perlu perbanyakkan
sebaran maklumat mengenai pengertian gangguan seksual supaya semua masyarakat
terutamanya pekerja industri dan organisasi memahami erti sebenar terma gangguan
seksual ini. Terdapat banyak lagi kaedah yang boleh digunakan untuk menyebarkan
maklumat perlakuan gangguan seksual ini seperti menggunakan poster, iklan, hebahan di
televisyen dan sebagainya. Latihan kefahaman konsep gangguan seksual menerusi
seminar atau bengkel-bengkel perlu diperbanyakkan dan dipermudahkan kepada orang
ramai menyertai supaya terma gangguan seksual ini difahami oleh semua lingkungan
masyarakat.
Pendidikan merupakan satu kaedah yang terbaik membangunkan kesedaran dan
meningkatkan kefahaman setiap individu terhadap masalah gangguan seksual.
Kebanyakan negara maju telah memperkenalkan pendidikan seks bagi mendedahkan
pelbagai isu bagi menimbulkan kesedaran kepada generasi muda mengenai gangguan
seksual seperti diskriminasi seksual, hak asasi wanita, hilai-nilai baik dalam hubungan
antara lelaki dan wanita, pencabulan dan penderaan seksual, dan sebagainya. Justeru itu
sekolah sebagai organisasi sosial perlu menyediakan pendidikan seks ini supaya dapat
menyedarkan masyarakat khususnya golongan remaja mengambil rangka tindakan
pencegahan masalah gangguan seksual.
Selain itu, masyarakat awam termasuk pekerja-pekerja perlu diberi pendidikan
bagi tujuan menyedarkan mereka tentang pelbagai masalah gangguan seksual yang
wujud. Peranan media masa, kempen-kempen pencegahan, amaran dan peringatan perlu
dilakukan oleh agensi-agensi tertentu seperti Kementerian Penerangan, Kementerian
Sumber Manusia, SUHAKAM, Persatuan Wanita, NGO dan pelbagai pihak. Pendidikan
kepada pihak awam ini perlu diperhebatkan dan diperluaskan supaya masyarakat lebih
sensitif terhadap ancaman gangguan seksual dan seterusnya mengambil tindakan
membenteras masalah gangguan seksual.
Objektif 3: Mengenai bentuk-bentuk gangguan seksual yang kerap dialami oleh
mangsa dan dilakukan oleh pelaku masih lagi di tahap kurang bahaya. Dengan lain
perkataan, gangguan seksual yang dilakukan oleh pelaku dan dialami oleh mangsa belum
sampai membawa kepada perbuatan hubungan intim antara lelaki dan wanita. Dengan
kata lain, bentuk-bentuk gangguan seksual yang dilakukan masih dalam kategori quid pro
quo iaitu dalam bentuk sentuhan tempat bukan sulit, pandangan, dan isyarat. Oleh yang
demikian langkah-langkah pembenterasan lebih mudah dilakukan seperti menerusi
latihan kefahaman gangguan seksual dan kempen-kempen menggunakan poster-poster.
Seperkara lagi, golongan wanita perlu berkata secara berani dan terbuka kepada pelakupelaku
yang mereka tidak menyenangi gangguan seksual yang dilakukan. Ini boleh
menyedarkan pelaku-pelaku ini dari bertindak lebih jauh dan memalukan.
Objektif 4: Keputusan yang diperolehi menunjukkan tret-tret personaliti yang
dipunyai oleh mangsa gangguan seksual lebih pasif berbanding dengan tret-tret
personaliti yang dipunyai oleh pelaku-pelaku. Ini semakin mendorong pelaku gangguan
seksual meneruskan tingkah laku ini tanpa segan silu. Oleh itu, golongan wanita perlu
menanamkan harga diri yang tinggi supaya mempunyai personaliti yang lebih positif
supaya mereka tidak mudah terperangkap sebagai mangsa gangguan seksual.
Menurut Carpenter dan DeFrancisco (1998), seseorang yang tinggi harga dirinya akan
mempunyai ciri-ciri dalaman yang kuat dan akan memandang dirinya secara positif dan
yakin. Menurut beliau lagi mereka yang tinggi harga diri ini lebih berani membuat
lapuran ke pihak berkuasa tentang gangguan seksual yang berlaku pada dirinya.
Habibah dan Noran Fauziah ( 2002) menegaskan mereka yang mempunyai ciri-ciri
diri yang negatif lebih berkemungkinan menghadapi masalah dalam hubungan
interpersonal dalam persekitarannnya. Hasil kajian mendapati mangsa memandang
dirinya lebih negatif berbanding pelaku gangguan seksual. Oleh itu ini menambahkan
keberanian kepada pelaku melakukan gangguan seksual ini secara berterusan. Justeru itu
adalah digalakkan mangsa membentuk personaliti yang positif. Ciri-ciri personaliti yang positif selain daripada kecerdasan termasuklah konsep kendiri positif, harga diri yang
tinggi, motivasi pencapaian yang tinggi, sikap positif dalam menghadapi cabaran, tahap kerisauan yang rendah, kreativiti, ciri kepimpinan yang positif dan pembentukan moral
dan nilai yang menyeluruh. Jika dianalisis satu persatu ciri personaliti positif tersebut,
jelaslah selain faktor dalaman, setiap pekerja perlu mengambil kira faktor luaran atau
perskitaran dalam membentuk personaliti yang positif.
Pendidikan gender antara yang perlu diberi perhatian oleh semua individu supaya
masalah gangguan seksual dapat dibenteras. Banyak isu gender berkaitan dengan
gangguan seksual perlu diselidik dan diketengahkan bagi membolehkan masyarkat
mendapat maklumat dan pengetahuan yang berguna dan menggunakan pengetahuan ini
untuk merangka pelan tindakan yang berkesan menangani masalah gangguan seksual.
Secara tidak lansung, pendidikan gender dapat membebaskan masyarakat, khususnya
wanita daripada gangguan seksual .
Usaha ini perlu dilakukan secara berterusan dan
menggunakan pendekatan mengikut keadaan dan perubahan yang berlaku dalam sesuatu
masyarakat. Polisi sosial yang berkaitan dengan masalah gangguan seksual perlu
diketengahkan untuk membanteras masalah gangguan seksual.
Usaha perlu dibuat bagi meningkatkan nilai-nilai dan tingkah laku yang teratur
dan bertanggungjawab. Nilai-nilai murni seperti nilai kemanusiaan, nilai kasih sayang, nilai caring, nilai moral dan etika, nilai bertanggungjawab, dan sebagainya perlu
dipertingkatkan supaya perlakuan dan tingkah laku gangguan seksual tidak terus
menjalar dalam masyarakat. Nilai hidup yang baik dapat memelihara masyarakat
daripada melakukan gangguan seksual yang bertentangan dengan norma hidup yang perlu
dipertahankan.
Bagi menangani masalah gangguan seksual, kemudahan khidmat kaunseling perlu diwujudkan di setiap industri dan organisasi bagi membolehkan mangsa gangguan
seksual mengadu masalah mereka dan mendapatkan bantuan pakar kaunseling. Peranan
kaunseling dalam membantu dan menangani masalah gangguan seksual amat penting
dalam masyarakat moden yang mana keadaan hidup dan maslah yang dihadapi begitu
rumit dan tidak dapat diselesaikan dengan sendiri. Kaunselor yang profesional,
mempunyai latihan dan lesen menjalankan tugas kaunselor mengenai masalah gangguan seksual perlu diwujudkan di seleruh industri dan organisasi di seluruh negara. Begitu juga
kaunselor Islam yang boleh menguruskan hal-hal gangguan seksual mengikut cara Islam
pelu difikirkan dan dirangka dalam menyelesaikan masalah gangguan
seksual.
Langkah-langkah yang boleh dilakukan
oleh organisasi adalah:
-Membuat Peraturan Tertulis.
Organisasi perlu mewartakan Kod
Amalan untuk mencegah dan membasmi gangguan
seksual di tempat kerja. Organisasi hendaknya membuat suatu peraturan
tertulis yang berisi komitmen organisasi untuk tetap
menjaga agar tidak terjadi gangguan seksual di tempat kerja, pengertian tentang
apa yang dimaksudkan dengan gangguan seksual, prosedur pengaduan, dan
hukuman yang akan dijatuhkan kepada para pelaku, bantuan yang boleh
diperoleh simangsa dan jaminan bahawa pengaduan yang dilakukan bersifat
rahsia.
-Memastikan Semua Pegawai Mengetahui
Peraturan tertulis yang telah disusun secara lengkap tidak akan
efektif jika tidak disampaikan kepada semua pekerja. Oleh kerana itu, peraturan tersebut perlu dimasukkan ke dalam peraturan organisasi sehingga
setiap individu yang baru bekerja mengetahui dengan jelas peraturan
yang diwartakan. Pastikan bahawa pihak pengurusan atasan menyampaikan
perkara ini kepada para pengarah,
pengurus, penyelia, pekerja di
pelbagai peringkat, pelanggan, pembekal atau siapa saja yang memiliki hubungan
dengan organisasi.
-Penguatkuasaan Peraturan.
Sebaik apapun peraturan yang dibuat jika tidak
dilakukan penguatkuasaan akan jadi
sia-sia. Oleh kerana itu, organisasi (pihak pengurusan / HRD) perlu
benar-benar bertindak serius untuk memastikan bahawa peraturan yang
dibuat adalah untuk ditaati (bukan untuk dilanggar). Keluhan yang disampaikan
ataupun aduan adanya gangguan
seksual perlu disiasat dengan segera
oleh pegawai yang dilantik atau kaunselor organisasi.
Cara Mengatasi / Aduan
Cara 1
Dapatkan kepastian jika
dipejabat mengguna pakai Tata Amalan Pencegahan dan Pembanterasan Gangguan
Seksual di Tempat Kerja yang dilancarkan oleh
Kementerian Sumber
Manusia pada bulan Ogos 1999. Tata Amalan ini secara
amnya mendefinisikan gangguan seksual dan mencadangkan mekanisme
dalaman ditubuhkan untuk menangani masalah gangguan seksual ini. Tata Amalan ini
mengkehendaki syarikat-syarikat untuk merumuskan polisi yang melarang gangguan
seksual, menubuhkan mekanisme aduan menangani gangguan seksual, lengkap dengan
peraturan dan hukuman, menyediakan perlindungan dan langkah-langkah
pemulihan kepada mangsa dan mengadakan program pendidikan dan menjadikan
pekerja-pekerja terdidik tentang isu gangguan seksual di tempat kerja.
Cara 2
Aduan boleh juga dibuat
di Jabatan Buruh. Jabatan ini kemudiannya akan meminta majikan menyiasat aduan
tersebut. Tetapi, kuasanya hanya
setakat meminta suatu siasatan dalaman dijalankan atau perjumpaan dengan
majikan itu. Jabatan ini tidak berkuasa untuk memaksa majikan mengambil apa-apa
tindakan. Namun, adalah menjadi
kebiasaan bahawa mangsa-mangsa gangguan seksual takut untuk membuat
aduan kerana bimbang hilang pekerjaan. Jika diberhentikan
kerana membuat aduan, maka kita boleh mengambil tindakan dengan membuat aduan ke
Jabatan Perhubungan Perindustrian atas dasar pemecatan yang tidak
adil di bawah Akta Perhubungan Perindustrian 1967, seksyen 20. Pegawai tersebut boleh
disaman di bawah undang-undang sivil atas kesalahan tort untuk menuntut ganti rugi
dan injunksi. Injunksi ialah perintah Mahkamah menghalang pegawai
tersebut mendekati sahabat saudari dan jika dia didapati melanggar perintah
Mahkamah itu, dia akan dikenakan tindakan menghina Mahkamah.
Cara 3
Jika masih ragu-ragu
atau mencari-cari kekuatan untuk bertindak, bolehlah
menghubungi
persatuan-persatuan wanita seperti AWAM atau WDC yang begitu
aktif dan berpengalaman
menangani masalah ini. AWAM boleh dihubungi di 03-
78774221 dan WDC di
03-77846979 / 7784497
Peranan Dan Penglibatan Kesatuan
Sekerja :
Gangguan seksual dapat dicegah,
ditangani dan dibasmi dengan berkesan sekiranya terdapat tindakan bersama
oleh majikan dan kesatuan sekerja. Dalam membentuk dan menubuhkan
mekanisma dalaman bagi mencegah dan membasmi gangguan seksual, majikan seharusnya memilih pendekatan secara rundingan dengan melibatkan kesatuan
sekerja. Penyertaan kesatuan sekerja boleh membawa kepada komitmen yang lebih
padu dari golongan pekerja untuk menerimapakai dan mematuhi mekanisma
dalam tersebut. Kesatuan sekerja mempunyai peranan
yang jelas dalam membantu mewujudkan suasana kerja yang bebas dari
gangguan seksual. Kesatuan sekerja juga boleh memberi sumbangan dalam mencegah
gangguan seksual melalui peningkatan kesedaran dan kepekaan ahli-ahli
terhadap isu ini dan dalam memastikan bahawa tingkah laku ahli-ahlinya tidak
menimbulkan masalah gangguan seksual. Kesatuan sekerja juga patut
bekerjasama dengan majikan dalam melaksanakan program-program promosi dan
pendidikan bagi mewujudkan budaya kerja yang menjamin suasana kerja yang selamat
dan sihat, di mana setiap pekerja tanpa mengira jawatan atau status
dihormati maruahnya dan bebas dari sebarang bentuk gangguan, penghinaan dan ancaman
yang berbentuk seksual.
Ringkasnya, satu mekanisme dalaman
bagi pencegahan dan pengendalian
gangguan seksual perlu dipraktikkan.
Mekanisme tersebut mestilah:
- Cepat dan mudah
- Murah
- Dapat memelihara kerahsiaan
- Memberi keyakinan kepada pekerja
- Menggalakkan mangsa membuat laporan
- Memudahkan majikan mengambil tindakan
PROTECT YOURSELF FROM SEXUAL
HARRASMENT, DON'T WAIT UNTIL IT HAPPENS BUT DO IT NOW.
Rujukan
gangguanseksualditempatkerja.blogspot.com
yoroelz09.blogspot.com
Kesimpulan
No comments:
Post a Comment